Monday, June 16, 2008

kesan drpd penaklukan british ke tanah melayu

Melalui penaklukan British terhadap Kepulauan Melayu terutamanya Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik dalam ekonomi dan cara hidup masyarakat melayu. Kedatangan British telah menodai masyarakat tradisional dengan memperkenalkan ekonomi, susunan sosial dan kependudukan serta pendidikan sekular. Rentetan ringkas memberi gambaran bagaimana revolusi Eropah telah mengubah persepsi, corak pemerintahan dan cara hidup masyarakat Eropah. Semangat inkuiri mendorong mereka meneroka dunia luar hingga menyebabkan pemecahan dunia kepada negara Barat dan Timur dimana negara Barat dilihat sebagai negara maju dan negara Timur sebaliknya.
Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu. Contohnya dari segi pembinaan kemudahan-kemudahan seperti jalan raya dan jalan keretapi di mana kesemua pembinaan ini adalah bertujuan untuk menganggkut barang perdagangan seperti bijih timah ke pelabuhan. Kesemua pembinaan ini di bina adalah untuk kepentingan ekonomi orang-orang British sahaja.

Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukanlah untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan lagi orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui industri pelombongan bijih timah di mana orang melayu boleh dikatakan langsung tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun dalam sektor tersebut. Kebanyakkan lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang asing terutamanya orang British.
Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telah berjaya dalam mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan. Jelas dapat dilihat bahawa walaupun masyarakat melayu tidak beberapa suka akan cara pemerintahan British namun di sebabkan oleh sikap mereka yang masih taat setia secara membabi buta kepada raja membuatkan mereka mengikut undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh British kerana setiap arahan yang datang dari raja adalah di keluarkan oleh British.
Manakala golongan Sultan pula terus 'mencerut' masyarakat tempatan kerana mereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Jadi, golongan seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaan bumi Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnya seperti mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsung telah memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunan yang makin rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalam keadaan lama mereka serta terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terus menikmati kekayaan yang diperolehinya manakala Orang Melayu masih lagi mengekalkan sistem sosial tradisi iaitu Raja adalah segalanya dan perlu patuh kepada kata-katanya.
Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat yang majmuk ditanah melayu. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.
Dalam membentuk masyarakat majmuk, British telah membenarkan kemasukan penduduk asing secara bebas iaitu tidak mempunyai sebarang sekatan terhadap kemasukan orang asing. Hal ini berbeza dengan tindakan British pada awal pemerintahannya di tanah melayu dimana pada zaman tersebut British memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Pekara ini terjadi adalah kerana untuk memenuhi keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah Melayu. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.
Bagi orang-orang Melayu mereka hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah selain itu juga British juga berbuat demikian adalah supaya orang-orang Malayu tidak dapat berada dan bergiat dalam ekonomi yang menguntungkan di negara tersebut.

No comments: