Monday, June 16, 2008

political economy

Renaissance merupakan satu titik tolak kepada revolusi-revolusi yang berlaku di negara-negara Eropah. Dalam renaissance produktiviti di dalam negara tersebut dipertingkatkan melalui perkembangan teknologi yang telah dicapai. Selain itu, semangat inkuiri yang dicetuskan juga turut mendorong mereka meneroka dunia luar bagi meluaskan empayar jajahan, mencari kekayaan, dan menyebarkan agama kristian. Era penjajahan kuasa-kuasa Eropah terhadap Kepulauan Melayu bermula apabila mereka cuba menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang-pedagang Islam dan seterusnya membawa kepada kolonialisme terhadap kepulauan melayu.
Zaman kolonialisme adalah satu zaman dimana berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan bagi golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian yang berlaku di dalam negara tersebut hanya menguntungkan pihak kolonial sahaja manakala bagi masyarakat setempat pula, mereka terus di takuk oleh golongan kolonial malah kekuasaan orang-orang tempatan juga makin berkurang dan seterusnya akan terhapus. Dalam zaman kolonialisme juga golongan kolonial telah memperkenalkan satu bentuk sistem ekonomi yang baru kepada kepulauan melalui iaitu sistem ekonomi kapitalis. Perubahan ekonomi kepada kapitalis membuatkan wujudnya satu sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.

No comments: