Thursday, June 19, 2008

laila majnun adalah filem 1 malaya

Laila Majnun adalah filem pertama yang dilakonkan oleh masyarakat melayu ketika itu, terutama mereka yang di gelar sebagai pelakon pentas bangsawan. Laila Majnun diterbitkan pada tahun 1933 dan di arah oleh bukan orang melayu. Filem ini juga diterbitkan oleh produksi bukan milik orang melayu tetapi milik KRS Christy iaitu pemilik kepada Motilal Chemical Company of Bombay. Menurut Hamzah Hussin (1994), industri filem Malaysia boleh dikatakan bermula daripada modal orang cina, menggunakan daya imiginasi orang india, dan menggunakan tenaga kerja orang melayu. Itu adalah situasi yang berlaku pada zaman bermulanya era filem melayu tetapi tidak pada zaman perfileman zaman sekarang seperti filem Anak Halal di mana orang melayu sendiri yang membuat pelaburan dan mencetuskan idea-idea di dalam filem mahupun drama.
Anak Halal adalah filem yang menonjolkan gaya hidup masyarakat melayu zaman sekarang dan lebih realistik berbanding filem Laila Majnun yang menonjolkan budaya Arab-Parsi dan India . Konsep cerita hampir sama iaitu perbezaan darjat di antara pasangan kekasih namun di dalam filem Anak Halal juga menpunyai konsep persahabatan yang wujud di antara lelaki dan perempuan serta lelaki dan lelaki. Anak Halal adalah salah satu filem yang berjaya menonjolkan budaya sebenar masyarakat melayu zaman sekarang seperti menonjolkan masalah sosial yang wujud di kalangan remaja dan masalah keluarga yang kepincangan.

No comments: